RSS

hai june

Assalamualaikum semua :-)
Harini 1hb june 2013.
Sedar ataupun x,tahun 2013 ni dah separuh perjalanan nya..
Tetiba rasa sayu. Kalau boleh taknak tahun 2013 ni berlalu tanpa kejayaan.
Tahun ni,tahun yang naikkan ekin.jatuh bangun silih berganti..
Walaupun jatuh dan juga bangun,ekin tak pernah keseorangan.teman sentiasa ada disisi untuk terus berikan semangat.

Bulan ni,bulan jun,akan menentukan antara ekin dan 'teman'.
Berpisah jarak atau pun tidak. Andai 'teman' itu yang tersurat untuk menjadi teman selamanya,permudahkan sengala urusan kami

JUNE JUNE JUNE
Jadilah bulan yang memberikan warna - warni dalam kehidupan ini.
Andai jitam yang menjadi permulaan bulan ini, cepat-cepat lah tukarkan ia ,menjadi putih bersih


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cara masak spaghetti :-)

Assalamualaikum :-)
Hariniekin nak bagi korang cara-cara memasak spaghetti.
Senang je.boleh korang buat sebagai korang punya dinnerr or lunch.

 Bahan-bahan :

Spaghetti mentah
Bawang putih dan merah
Sosej
Ayam or daging
Sos spaghetti prego. (carbonara,tomato,mushroom)
Gula dan garam.

Ni yang ekin masak semalam untuk family :-)

Cara-cara :
Potong halus 2ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih.
Potong sosej.
Potong kecil isi ayam.
1.tumis kedua2 bawang tersebut sehingga masak
2.masukkan ayam dan letak sedikit air.Kepekatan kuah mengikuy cita rasa masing-masing
3.masukkan sosej dan kemudian masokkan sos prego.
4.kecilkan api dan biarkan ia menjadi pekatMasukkan sedikut gula dan garam.
5.siap kuah spaghetti dan rebuskan spaghetti mentah hingga masak.
6.hidangkan bersama taburan daun bawang dan daun sup


SELAMAT MENCUBA





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

isteri Ashraf muslim redha jika suaminya ingin mengahwini kawan lama







Sudah ramai yang sudah tahu mengenai perkahwinan pelakon Ashraf muslim  dengan isterinya, Dayana pada 2011. Namun baru-baru ni ekin ada dengar cerita yang Ashraf muslim ke mahkamah syariah. Namun hal itun di rahsiakan. Kenapa eh ??







Sakinah,28 kawan lama Ashraf muslim telah tampil dan menyatakan yang beliau telah lama mengenali Ashraf .selain itu,Dayana telah mengetahui hal ini kerana beliau telah pun berjumpa dan bercakap mengenai hal tersebut

Dayana ingin mengelakkan perkahwinan terjadi antara suaminya dan sakinah,namun kalau itu yang terjadi, dayana redha .

Sakinah kini menyerahkan segala keputusan kepada ashraf kerana telah pun
 melakukun solat istikarah :-)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5minit untuk masak roti pizza

Assalamualaikum :-)
Korang pernah buat pizza sendiri tak?
Susah kan? Lagi pun ambik masa.
So ekin ada satu menu baru untuk korang buat. Kejap sangat.5 minit dah siap :-)

Ni la yang ekin sempat captured before makan tadi.resepi ni dari akak.
Sedap sangat.rugi kalau korang tak cuba. Nak masak pelik-pelik tak sempat. Macam ekin,student tak sempat nak ambil masa lama-lama untuk masak.

Bahan-bahan :
Sekeping roti
Sekeping cheese,
Bawang merah,
Sos cili,
Sosej
Lobak merah

Cara-cara
Sapukan sos pada roti. Koyak-koyakkan cheese dan tabur di atas roti.bawang merah dan lobak merah di potong halus dan taburkan pada roti. Sosej di potong kecil-kecil dak susun pada rotiSiap dan masokkan pada oven.
Lepas 5 minit,roti dah siap menjadi menu untuk lunch korang


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

akmal rizal bergelar PELAKON

 Tahniah akmal rizal . Pemain bola sapak yang berasal dari jitra kedah ni telah melebarkan sayapnya ke bidang lakonan pula.

akmal rizal ahmad rakhli yang merupakan pemain bola sepak Malaysia kini telah bergelar palakon setelah mendapat tawaran watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Beliau yang dilahirkan pada 12desember 1981 berkata :


“Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka”
“Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini & sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti,” 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

elyana dan suami di tanah suci Mekah


Alhamdulillah, pada 10mei 2013 elyana dan suami telah pun berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah :-)

 elyana dan khairul anuar hussin telah mendirikan rumah tangga pada 2010 yang lalu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

izzue islam naik pelamin 2 jun 2013 :-)

Alhamdulillah lagi seorang pelakon kacak malaysia akan menamatkan zamam bujangnye bersama pengurus sendiri.menurut izzue,dia dan pasangan telah pun berkenalan 5 tahun yang lepas dah ianya berkenalan sampai sekarang.
Izzue dan bakal isterinya awin nurin akan menamatkan zaman bujang mereka pada 2jun 2013 sempena hari lair izzue yang ke24


Kata izzue, 

Sebenarnya, saya sudah lama bercinta dengan Awin Nurin. Sudah lima tahun. Masa itu, Izzue bekerja di kedai makan di kawasan Petaling Jaya dan Awin memiliki sebuah salun kecantikan bersebelahan tempat kerja Izzue. Dari situlah, kami berkenalan. Dia pesan makanan dan Izzue pergi hantar. Mula-mula kami berkawan baik dan akhirnya bercinta sampailah Izzue menjadi artis.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sekitar perkahwinan kali ke 3 ustaz azhar idrus

ALHAMDULILLAH kini ustaz Azhar idrsus selamat di ijab kabulkan dengan gadis berusia 27 tahun sebagai isteri ketiga beliau.ribuan tahniah di ucapkan kepada UIA...

Izyan,isteri ketiga ustaz azhar idrus merupakan anak saudara kepada Tuan Haji Omar bin Taha dan berasal dari Muar Johor selamat di ijab kabulkan pada 13mei 2013.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

33°C at arau perlis

Assalamialaikum semua :-)

Alhamdillilah selesai sudah separuh beban yang perlu ekin tanggung.
Pos motor,sudah.. di skynet kangar. skynet kalau tak silap ekin mahal sikit kos pos dari perkhidmatan dari pos malaysia.tapi kelebihannya,kita tak penat nak kena balut-balut sendiri motor tu.bukan senang nak balut motor.makan asa 2 3 jam jugak lah. SKYNET ni service sangat bagus.nak pos barang pon kotak tak payah balut sendiri tau.semua dia buatkan.so apa lagi yang korang nak?? Syok la kan.

Masa perjalanan pergi tempat pos motor tu,cuaca ya Yuhan sangayt la terik. Suhu 33°C kot.panas yang teramat. Tapi apapun Alhamdulillah atas kurniaanNya :-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hadiah gergasi

Assalamualaikum :-)
Hai semua..dah berapa hari dah ekin tak bukak blog ni..tiba2je rase malas giler nak update ape-ape. Nape eh!!! Heeee
Ape lagi sbb si kumbang nye dah ada kat sini.haha..lagi pun ekin betol-betol buzy..mane nak packing barang lagi.nak pos motor ke kampung lagi,nak buat clearance kat umah sewa ni lagi haaa..banyak keja laa cerita dia..biasela dah abes blajar katekan..hehe

ehh-ehh panjang pulak pengenalan kali ni..mukaddimah yang xde kena mengena kan ?  Bongok jugak aku neh..

ni haa ekin nak cerita sal adiah yang ekin dapat semalam.seronok giler babai u ollss..Sejak-sejak dapat hadiah ni tak payah dah on9 guna lappy lagi..hehe bangga nye rasa..sambil-sambil baring pun dah boleh update blog..

korang mesti dah boleh teka kan ekin dapat ape? Ekin dapat ASUS PONEPAD..ni keluaran baru ASUS untuk tablet.
Ekin dah korek-korek dah sampai ke dalam tablet ni..memang bagus laa tablet ni..kalau korang tengah nak cari-cari tab,ekin cadang kan korang beli tab ni.harga dia okey-okey la dari samsung galaxy..ni harga dan gambar rajah dia hee


dah mintak-mintak kurang dapat la RM850..okey la tu.korang kena pandai-pandai kurangkan harga.kena survey dulu banyak-banyak kedai.buat perbandingam harga.baru tak meNYESAL..dah cerita panjang lebar ni lupa pulaa nak bagitau sapa peberi hadiah nye..sapa lagikan kalau bukan buah hati..mohammad khalifi laaa...hehe thanks a lot sayang.tab ni mempermudahkan kami berhubung bila berjauhan..haha sweet-sweet pulak kan..

okey dah lewat ni nak packing barang,malam nanti ekin dah bertolak balik kampung..pukol8.30..so doa-doakan perjalamn ekin di permudahkan dan selamat ye..AMIN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

surat cinta :)





abg..
ayg betol-betol rindu abg.
ya Allah kuatkan semangat ayg.
knp abg terlalu penting dalam hidup ayg?
abg tau tak abg penyeri hidup ayg yg dulu nya kusam tak bermaya.
abg hadir bila hati ayg kering dari kasing sayang...
abg
cinta dan kasih sayang tak pernah hadir bila dipaksa.
ia nya mengalir halus dengan tenang.
setiap saat,setiap detik hati ayg sentiasa menyebut nama abg.
tak pernah satu saat pun otak ayg terhenti dari berfikir untuk bahagiakan abg.
abg..
ayg yg bersalah..

tak hargai bila abg ada..
tapi abg percaya la,
ati ayg tak pernah putus untuk merindui abg..
walaupun ayg tahhu rindu itu sakit..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

marvelous from thailand

assalamualaikum :)
tetibe rase lapar sgt tengok mkanan siam tadi .
sedap gile. bau die pun dah boleh buat air liur ni meleleh.
macam mane la cara dioarang buat eh .
patot la masakan siam femes kat malaysia.
jadi tak hairan lah kan . ekin try makan pulut mangga.
fuhhhh sedap kot . korang penah rase ?



ni haaa..
pelam die pun dah cukup sedap. manis !!

lepas tu ekin teringin nak makan tomyam.
orang kate kalau nak makan tomyam sedap kena cari kat restoran siam .
memang betol la.harga die pun tak mahal .
lauk bukan main banyak lagi .





korang semua boleh laa cube. memang berbaloi .

okey,ni yang special lak. ni kegemaran ekin .
and ekin pun pandai buat .SOMTAM .
korang mesti pernah dengar kan?
jom cari kat pasar malm. mesti ada.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RM1 satu . eyeshadow simplysiti : nutox losyen : gonhson baby losyen : shape tea .

hi semua.
mood pegi shopping telah melanda.

penat sangat,rase macam nak tidur sekarang jugak.tapi disebabkan lusa ada final exam,terpaksa la keraskan mate ni untuk beberapa jam lagi .
dari pukul 2 petang tadi sampai bumi arau ni dah gelap baru la ekin tergesa-gesa nak balik rumah.
dah round banyak-banyak tempat, tetiba teringat pulak nak beli mask . ekin suka giler pakai mask.sbb mask boleh buat kulit ekin yang kering ni jadi lembab.
okey dah siap beli mask, tetiba ternampak pulak ZA bb cream yang diidam kan dari dulu lagi. di sebabkan ada 20% potongan, so beli lah. heee
makin lame tengok- tengok barang kat watson ni,makin penuh pula bakul yang ekin bawa. hasil nya, ni ha.....

Photo: Nah @ekin ashikin
bila kat kaunter bayaran, ekin ternampak barang offer.hanya RM1 untuk satu barang . terhad 3 barang bagi satu resit. ape susah,kalau nak banyak bayar la asing-asing barang tu.dapat la banyak resit .
ini la barang yang ekin borong tuuu.
(eye shadow 2 tone SIMPLYSITI, losyen hand therapy NUTOX, shape tea, dan losyen JONHSON BABY

Photo: Semuanya RM1 at watson.
eyeshadowsimplysiti#johnsonbodycare#nutoxlotion#shapetea.
Nyesal#xbeli#eyeshadow#byk2..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 pembunuh datuk sosilawati di gantung sampai mati

Alhamdullilah selesai juga kes pembunuhan kejam datuk sosilawati dan 3induvidu lain semalam.
4 pembunuh kejam, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerjanya telah pun di jatuhkan hukuman gantung sampai mati . kejadian pembunuhan kejam itu berlaku pada 3tahun lalu yang melibatkan jutawan kosmatik malaysia, datuk sosilawati lawiya, 47 ,  pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.












keempat-empat tertuduh, Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, R Matan, 22, dan R Kathavarayan, 33
di bicarakan di mahkamah tinggi shah alam dengan pertuduhan melupuskan mayat datuk sosilawati dan 3 individu lain.




Foto


anak jutawan kosmetik tersebut ,Erni Dekritawati Yuliana Buhari  lega dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah . 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

afiq muiz dihentam hebat .

episod hitam afiq muiz belom lagi reda . kini presiden seniman, zed zaidi mula bersuara dengan hasrat masalah ini dapat diselesai ka dengan kadar segera .

kata zed zaidi :
 " Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga. Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita. Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan. Bukannya membuat sidang media dan ‘menyerang’ ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya "

nasihat ini dilontarkan melalui media hiburan semalam.

sebelum itu, penceramah bebas ternama,ustaz akashah telah pun tampil bersuara tentang masalah yang melanda afiq muiz dan ibu nya ini . kata beliau melalui  mstar online :

“Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu.”



kenyataan daripada ibunya sendiri pula ,pn hasliza mohd, melalui mstar online,

 "Dia sudah berubah... seperti anak derhaka,"
"Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.

"Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,"
"Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.
"Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah.
"Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.
"Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu,"

jelas kelihatan kekecewaan ibu afiq muiz .

semoga keadaan ini akan pulih dan mendapat jalan penyelesaian nya. jom kita sama - sama doakan yang terbaik untuk mereka :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lelaki setia :)



saya rindu dia. cepat lah pulang.ya Allah selamat kan perjalannya pergi dan balik .
awak tau tak,awk tekan je pedal minyak tadi,saya terus rindu.rindu dan rindu.besar nya erti cinta awak kepada saya.
awak, dari awk pergi tadi,saya tak makan lgi.saya sunyi,saya sayu.saya tak tau nak pergi makan dengan sape.saya ada awak je.saya tak boleh luah kat awak,nti awk tak tenang .tapi saya ada awk je untuk luah kan segala . saya tau awk pon tak sampai hati nak tinggal saya tadi kan ? tapi..tuntutan family wajib di tunai kan. saya reda. saya selalu ingat pesan awk,saya kena blaja awk takde.awk suruh saya berdikari.sbb suatu hari nanti TUhan akn ambil nyawa awk. kenapa awk ckp mcm tu ? awk nk tggal saya ?

sya taknak. saya nk awk sntiasa ada dgn saya.saya perlukan awk.sbb awk kekuatan saya. dah dua tahun lebih hubungan kite, saya tak pernah terlintas untuk buat awk kecewa,sedih dan marah. sy cume nak awk senyum,senyum dan senyum.itu yang bahagiakan saya .

awk,knp awk baik sgt ? knp awk? awk dah byk berkorban untuk saya.awk dtg sini jauh-jauh semate-mate nak teman saya study . sbb awk tkot saya sunyi..awk,saya bersyukur sangat dapat insan yang sangat penyayang mcm awk.
awk fhm hati perempuan ni lembut.sbb tu awk hargai sy kan? awk ...............
awak ajar saya erti persahabatan, erti percintaan dan erti perpisahan .

saya sayang awk dan saya benarkan satu dunia tahu saya cintakan awk :)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LEUNIEY natasha kini berbadan dua :)



tahniah di ucapkan kepada leuniey dan apek yang kini sedang menunggu kelahiran anak sulung setelah 3 bulan mendirikan rumah tangga . :)







leuniey natasha isteri kepada penjaga gol malaysia kelihatan sangat cantik bertudung .

leuniey natasha bertudung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lawak :)

KURANG AJAR

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!" 

sumber :mat yie

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

setelah 2hari besama nufnang, ini yang saya dapat

CPC (Cost-per-click) Campaigns

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.

CampaignBlogTypeDateBandCtrAmount
DiGi Prepaid CPCashikin's blogglobal_CPC12 May 2013Global5.56%0.15
ini hadiah first saya dari nuffnag . thanks cik nuffnang :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tips hilangkan jerawat .


hi semua :)
hari ni saharian tak online.buzy sket,dah dekat nak exam . maklumlah pelajar.kerja nye kena la blaja , blaja dan blaja sampai muntah .

hari ni kite nak share cara nak hilangkan jerawat.  biaselah,remaja. dah sinonim sangat dengan perkataan JERAWAT . SO jangan la biarkan jerawat tu berleluasa kat muka korang.rajin-rajin la amalkan tips yang kita nak bagi ni.

tapi sebelum tu korang tau tak jerawat tu ape ? okey .

Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori-pori kulit tersumbat  sehingga menimbulkan kantung nanah yang meradang. Jerawat adalah penyakit kulit yang sangat besar jumlah penderitaannya. Kligmann, seorang peneliti masalah jerawat ternama di dunia berpendapat

,"Tak ada satu orang pun di dunia yang melewati masa hidupnya tanpa sebuah jerawat di kulitnya."

Kemungkinan penyebabnya adalah perubahan hormon yang meransang gelenjar minyak di kulit. Perubahan hormonal lainnya yang dapat menjadi pemicu timbulnya jerawat adalah masa menstruasi ,kehamilan, pemakaian pil KB, dan stres.

TIPS HILANGKAN JERAWAT

1)  sentiasa mencuci muka sebelum tidur

2)  elakkan dari makan makanan berminyak
3) dapatkan rehat dan tidur yang cukup            
4) banyakkan minum air suam

BAHAN SEMULAJADI

1) LIDAH BUAYA

Potong beberapa bagian lidah buaya yang telah dibuang kulit bagian luarnya. Oleskan cairan lidah buaya tersebut secara rutin pagi dan petang. 

2)  PUTIH TELUR

pisahkan putih telur dan goncang nye hingga berbuih lalu sapukan pada kulit muka hingga kering Dengan putih telur ini minyak yang menjadi penyebab jerawat akan terserap dan akhirnya akan hilang.

 3) TOMATO

tomato juga dapat menghilangkan jerawat. Caranya sangat mudah iriskan tomato lalu sapukan di wajah atau lokasi jerawat dan tunggu sehingga beberapa minit .selain menghilangkan jerawat,ia juga dapat menghaluskan kulit muka anda .





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS